Hawa Hanida Jemain, Muhammad Talhah Ajmain Jimaain
The decline of moral conduct among students has become one of the major challenges in contemporary education, necessitating a more holistic approach grounded in spiritual development. Islamic education places moral character as a fundamental objective; however, its implementation often focuses primarily on external behavioral aspects without sufficient emphasis on inner spiritual development. In this regard, this study aims to conceptually analyze the role of tazkiyah al-nafs as a foundation for students’ moral character development within the framework of Islamic education. This study adopts a qualitative approach through conceptual analysis of primary and secondary sources related to tazkiyah al-nafs, moral character, and Islamic education, based on library research. Specifically, it seeks to elaborate the concept of tazkiyah al-nafs within the tradition of Islamic education and to examine its role in shaping students’ moral character. The findings indicate that tazkiyah al-nafs constitutes a continuous educational process encompassing the purification of negative traits (takhalli), the cultivation of virtuous qualities (tahalli), and the internalization of moral values (tajalli) in daily life. This process fosters self-awareness, self-regulation, and emotional balance among students, thereby producing well-balanced individuals with noble character. Overall, this study contributes to strengthening moral character development by emphasizing the importance of a tazkiyah al-nafs-based approach in nurturing holistic and ethically grounded students. AbstrakKemerosotan akhlak dalam kalangan pelajar merupakan salah satu cabaran utama pendidikan kontemporari yang menuntut pendekatan lebih menyeluruh dan berteraskan pembangunan spiritual. Pendidikan Islam meletakkan akhlak sebagai matlamat asas pendidikan, namun pelaksanaannya sering tertumpu kepada aspek luaran tingkah laku tanpa memberi penekanan mencukupi terhadap pembinaan jiwa. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menganalisis secara konseptual peranan tazkiyah al-nafs sebagai asas pembentukan akhlak pelajar dalam kerangka pendidikan Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan melalui analisis konseptual terhadap sumber-sumber primer dan sekunder yang berkaitan dengan tazkiyah al-nafs, akhlak dan pendidikan Islam berdasarkan kajian kepustakaan. Kajian ini bertujuan menghuraikan konsep tazkiyah al-nafs dalam tradisi pendidikan Islam serta menganalisis peranan tazkiyah al-nafs (penyucian jiwa) dalam pembentukan akhlak pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tazkiyah al-nafs merupakan proses pendidikan berterusan yang merangkumi pembersihan sifat tercela (takhalli), pembinaan sifat terpuji (tahalli) dan penghayatan akhlak (tajalli) dalam kehidupan seharian. Proses ini membentuk kesedaran diri, kawalan jiwa dan keseimbangan emosi pelajar, seterusnya melahirkan insan yang seimbang dan berakhlak mulia. Secara keseluruhannya, kajian ini menyumbang kepada pengukuhan pembentukan akhlak dengan menegaskan kepentingan pendekatan berteraskan tazkiyah al-nafs dalam usaha melahirkan pelajar yang seimbang.