科研速览继续刷下去 →
◆ Pendeta Journal of Malay Language Education and Literature2026-04-13· Humanities

Sorotan Literatur Bersistematik (SLR): Kajian Bahasa Retorik dalam Karya Sastera di Malaysia

Hariri Ali Imran

原始摘要(原文)
Retorik merupakan cabang linguistik yang memperihalkan pelbagai ilmu pengetahuan dan maklumat dengan penggunaan bahasa yang berseni, indah dan berkesan menerusi kaedah berucap atau bertulis. Keindahan bahasa retorik yang mengandungi nilai-nilai estetika yang tinggi dapat dilihat menerusi pelbagai penghasilan karya sastera seperti puisi, novel, hikayat, lagu, filem dan seumpamanya. Pengaplikasian bahasa retorik dalam karya sastera khususnya di Malaysia bukan sekadar dapat menjalinkan kesefahaman antara pengkarya dengan khalayak, malahan mempamerkan corak pemikiran, kreativiti dan ketamadunan sesebuah bangsa. Kajian-kajian lepas mengenai karya sastera di Malaysia telah bermula sejak dahulu lagi khususnya dari aspek bidang retorik. Maka, pengumpulan kajian lepas mengenai karya sastera di negara Malaysia dari sudut retorik perlu diteliti dan ditinjau dengan lebih teratur. Sorotan literatur bersistematik (SLR) ini bakal dipandu oleh protokol PRISMA sebagai sumber rujukan dan pemilihan artikel dikhususkan dalam lingkungan tahun 2015-2024 melalui pangkalan data MyJurnal, MyCite dan Google Scholar. Sejumlah 14 artikel telah melepasi tahap penilaian dan layak untuk disintesis. Dapatan SLR ini menunjukkan bahawa kajian retorik dalam karya sastera di Malaysia banyak menumpukan kepada penggunaan teori Teori Retorik Moden (1993) oleh Enos & Brown (1993) dan jenis karya yang banyak dijadikan sebagai sumber data adalah karya novel. Sorotan ini bukan sahaja memaparkan kerelevenan teori dan karya dalam kajian retorik masa kini, malah mencadangkan kepelbagaian teori dan aneka karya sastera lain yang wajar untuk dikaji pada masa hadapan. Huraian terhadap kedua-dua tema tersebut diharap mampu dijadikan sebagai panduan dan rujukan untuk perkembangan kajian retorik khususnya berkaitan dengan karya sastera di Malaysia.
读原文 ↗

AI 追问PRO

登录后使用 AI 追问

讨论区

登录后参与讨论

相关论文

Sorotan Literatur Bersistematik (SLR): Kajian Bahasa Retorik dalam Karya Sastera di Malaysia — 科研速览 Science Skim