Rushendra, Kalamullah Ramli, Prima Dewi Purnamasari
Intrusion Detection Systems (IDS) deployed in real-world environments must operate under severe class imbalance, evolving attack strategies, and non-stationary traffic distributions. Conventional supervised and deep learning–based IDS rely on fixed decision functions, limiting their adaptability to zero-day attacks and concept drift. This paper proposes a hybrid CNN–LSTM–DQN framework combined with a stability-aware evaluation methodology. The CNN–LSTM backbone extracts spatio-temporal representations, while a Deep Q-Network (DQN) learns adaptive detection policies using an ARMF-aware reward formulation. The framework is evaluated on eleven experimental stages (E1-11), including supervised baselines, reinforcement learning optimization, zero-day generalization (LOAO), and drift scenarios. Experimental results show that supervised models have high recall (up to 98.39%) but generate too many alerts (ARMF up to 44,845). The reinforcement learning model with prioritized experience replay (E7) achieves a more balanced performance with a recall of 91.40% and an ARMF of 1,031. The proposed PER-based approach significantly improves detection performance while maintaining low alert rates, achieving a recall of 42.47% compared to naive reinforcement learning (E5). Further evaluation in real drifting conditions showed robust recall (89-92%) with a tolerable number of alerts (ARMF ? 1,189). These results indicate that adaptive policy learning enables a more effective trade-off between detection performance and operational cost, while ARMF-based evaluation provides a practical complement to accuracy metrics for real-world IDS deployment. ABSTRAK: Sistem Pengesanan Pencerobohan (IDS) dalam dunia nyata perlu beroperasi di bawah ketidakseimbangan kelas yang teruk, strategi serangan berevolusi, dan taburan trafik tidak pegun. IDS berasaskan pembelajaran penyeliaan dan pembelajaran mendalam konvensional bergantung pada fungsi keputusan tetap, mengehadkan kebolehsuaian terhadap serangan sifar hari dan hanyutan konsep. Kajian ini mencadangkan gabungan rangka kerja hibrid CNN–LSTM–DQN dan metodologi penilaian yang mementingkan kestabilan. CNN–LSTM mengekstrak representasi ruang-masa, manakala Rangkaian Q Mendalam (DQN) mempelajari dasar pengesanan adaptif menggunakan formulasi ganjaran ARMF. Rangka kerja ini dinilai dengan sebelas peringkat eksperimen (E1-11) termasuk garis dasar penyeliaan, pengoptimuman pembelajaran pengukuhan, generalisasi sifar hari (LOAO) dan senario hanyutan. Dapatan eksperimen menunjukkan bahawa model penyeliaan mempunyai kadar ingat semula (recall) yang tinggi (sehingga 98.39%) tetapi menjana terlalu banyak amaran (ARMF sehingga 44,845). Model pembelajaran pengukuhan dengan ulangan pengalaman berprioriti (E7) mencapai prestasi lebih seimbang dengan kadar ingat semula 91.40% dan ARMF sebanyak 1,031. Pendekatan berasaskan PER yang dicadangkan meningkatkan keupayaan pengesanan dengan ketara sambil mengekalkan kadar amaran yang rendah berbanding pembelajaran pengukuhan naif (E5) dengan kadar ingat semula 42.47%. Kajian selanjutnya dalam keadaan hanyutan sebenar menunjukkan kadar ingat semula yang teguh (89-92%) dengan bilangan amaran yang boleh diterima (ARMF ? 1,189). Dapatan ini menunjukkan bahawa pembelajaran dasar adaptif membolehkan imbangan yang lebih berkesan antara prestasi pengesanan dan kos operasi, manakala penilaian berasaskan ARMF menyediakan pelengkap praktikal pada metrik ketepatan bagi penempatan IDS dunia nyata.